Menyempurnakan Rukun Islam yg ke 5


Assalamualaikum..

Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan untuk meneruskan diri ini membebel di ruang yang serba kekurangan.

6/10/2011 - 8.00am
Suasana pagi yg cukup indah dan ceria dengan pohon2 kehijauan yg masih lembab dek kerana air embun. Hati mula terasa semakin sayu apabila emak, mak njang & pak njang sibuk memperkemaskan lagi bagasi untuk di letakkan di dalam bonet kereta Opel milik 'abah'.

Dari kiri : my mum, 'abah' (adik my mum), pak njang ( adik ipar my mum), mak njang ( adik my mum), dik cik & dik Sakinah

     Selesai solat sunat, sempat bergambar untuk di jadikan kenangan. Hati ini bertambah sebak dan sayu. Ramai tetamu yg bertandang ke rumah milik pak njang sekeluarga untuk melihat pemergian mereka untuk mendapatkah haji mabrur, Insyaallah...
     Pak njang selaku tuan rumah berdiri di luar dan mengadap kiblat bagi melaungkan azan sebelum mereka berangkat ke airport. Saat azan dilaungkan, kedengaran tangisan pak njang yang sekaligus membuatkan hati aku sebak dan tanpa disedari air mata aku mula membasahi pipi. Aku hanya mampu menyembunyikan wajahku di sebalik langsir rumah.
Pak njang melaungkan azan sebelum berangkat.

     Tapi kenapa aku perlu menangis? (masih mengeluh dalam hati). Aku sepatutnya gembira sebab my mum pergi menunaikan ibadah wajib (rukun Islam ke 5- menunaikan haji ke baitullah bagi yang mampu). Mungkin juga aku sedih sebab gembira, hajat mak selama ni tercapai. Allah sangat sayangkan hamba-Nya dan ini lah peluang terbesar bagi mak.
     Usai melaungkan azan,tepat2 pukul 9am, mereka terus bergerak ke airport Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mereka akan menginap di sebuah hotel yang disediakan untuk jemaah haji sebelum berlepas. Mereka akan mendaftar pada keesokan harinya dan akan berlepas pada pukul 3pm. Semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air tercinta dan mendapat haji mabrur. Allah sentiasa melindungi hamba-Nya..amin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...