Adam, Mengertilah..


Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menhaden nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

Wasiat Ibu untuk Si Puteri



Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:

" Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami

Tetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.

Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu

Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan...
Air cukup memada
Bagi yang tiada

Jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua

Hulurkan tanganmu....
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.....

Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"

Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.

KITA AMAT MEMERLUKAN ALLAH SWT





Putera-puteri harapan ummah yang dkasihi sekalian. Marilah kita melihat satu hakikat yang sangat besar dalam kehidupan, iaitu kita adalah para hamba yang faqir yang sangat-sangat memerlukan Allah SWT sedangkan Allah SWT adalah al Ghani, Yang Maha Kaya, yang tidak punya keperluan apa-apa.

Manusia hari ini majoritinya sangat jauh dari Allah sehingga tidak merasakan keperluan untuk menghubungkan diri dengan Allah. Mereka amat bergantung kepada makhluk yang sangat lemah tetapi terputus dari Allah Yang Maha Kuat.


Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita amat jahil, maka kita memerlukan hidayah dan petunjuk Allah


Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita punya pengetahuan tetapi tidak mampu untuk mengamalkannya. Maka kita perlu memohon keampunan serta bertaubat dari kelemahan dan kelalaian kita


Kita perlu sentiasa diperingatkan bahawa kita sangat perlu kekuatan dan bimbingan Allah untuk meninggalkan 'zhulumat' kegelapan jahiliyyah dalam masuk secara total ke dalam cahaya petunjuk Allah. Kita perlu ingat bahawa bila kita diseru untuk mentauhidkan Allah, berubudiyyah kepada Allah serta mentaati-Nya, Maha Suci Allah dari sebarang keperluan dan Allah Maha Agung dan Maha Besar, tidak memerlukan semua itu. Allah tidak sekali-kali memerlukan kita dan pengorbanan dan jihad kita. Kesemua itu adalah keperluan kita.


Sekiranya kita lalai atau enggan menunaikan hak-hak Allah yang telah ditentukan ke atas kita, maka Allah Maha Berkuasa dengan mudah untuk mencipta dan memilih kelompok baru untuk berubudiyyah kepada-Nya dan berjuang untuk menegakkan Deen-Nya.


Anak-anak yang dikasihi, marilah kita memohon dengan penuh rendah diri kepada Allah SWT agar dikurniakan dalam hati-hati kita rasa sangat berhajat kepada Allah SWT, khususnya keperluan kita agar hati kita dapat terus hidup dan mampu menghilangkan bahan-bahan cemar hati, rawasib , yang melumpuhkan dan mematikan hati. Hanya Allah sumber pertolongan dan perlindungan bagi kita.

IMPIAN YANG SUCI.


Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.
Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.
Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.

Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.


Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.

Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.

Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.

Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.

Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.
Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.
Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.

10 perkara perbuatan sia-sia




Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-



1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....


Adik dan Palestin

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk
sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila
nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas
mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua
orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun
pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi
kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.



Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai
kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar,
La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik
khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal
masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat
adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik
pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid
berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik
pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.



Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid
kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil
Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah
satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk
dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik
lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di
penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat
raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila
walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit
membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik
baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.



Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman
dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu
tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam
udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang
bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata
sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.
Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut.
Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan
tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh
tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak.
Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.
Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak
mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari.
Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi
walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah.
Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.
"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"





Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan
kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik
sebut nama walid berkali-kali.
Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis.
Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba
tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan
cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.
Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik
tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu
menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid
pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali
lagi. Adik cuma mengangguk.
"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata
di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.



Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah.
Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu.
Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok.
Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali.
Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik
dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda
bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang
dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik
masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang
tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi
montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola
seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.
Merajuk.



Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada
untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu
menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang
lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang
galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat
seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di
depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk
abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata
terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik.
Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang.
"Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi
berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.



Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam
perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.
Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut
perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama
malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan
adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata
Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang
mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci
Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.



Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya
adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang
bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh
walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik
baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang
menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.
Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga
kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka
merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk
menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia
juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat
cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik
pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada
keesokkan harinya.



Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik
buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula
berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih
berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya
roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi
tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya
tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut
adik. Adik kunyah dengan gelojoh.
"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi
roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.
"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.
"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum.
"Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika
menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh
nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.
Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama
adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah
dan cekal macam Nabi Muhammad.



Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran.
Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap
adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata
adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu
dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik
hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru
umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam
Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah
satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari.
Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.
Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan
dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan
rumah.
"Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.
Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh.
Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga
menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.



Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan
orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut
lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi
beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai
anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang
sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum
pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka
menghilang.



Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.
Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik
tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir
pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir
apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik
yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke
satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua
orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang
dan akhirnya Jamal.



Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik
dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran
tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil
memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok
di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang
ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak
putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik
menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik
benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi
dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di
wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....



"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik
berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit.
Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk
melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak
berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum
pada ummi walaupun perit.



"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut
walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga
ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada
jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal
melambai-lambai ke arah adik.



HUDA SOID



[Ya Allah .. please forgive me .. please forgive me .. forgive me ya Allah
.. ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...