Dari Perlis ke Kelantan

Alhamdulillah...

Allah masih lagi memberi peluang kepada hambaNya yg lemah ini untuk meneruskan perjalanan hidup yg penuh ujian dan cabaran.

7/10/2011 - 9.00am



     Masa yg dinanti2 telah tiba, perjalanan dari Perlis ke Kelantan mengambil masa 8jam 30minit untuk tiba ke destinasi yg ingin dituju. Abah, abang zan & my cousin hantar aku ke stesen bas Kangar. 15minit kemudian, bas transnasional Skydeck-seat 3C, trip ID 153. Dalam hati hanya mampu berdoa kpd Allah supaya perjalanan ini selamat sampai.


     Bas mula bergerak dan hati mula berdebar2..hihi...tapi jangan lupa baca doa naik kenderaan. Sepanjang perjalanan, dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Pohon2, sawah padi yg menghijau.


     Lampu merah tandanya kita perlu berhenti. Perjalanan menuju ke Alor Star untuk mengambil penumpang seterusnya. Subhanallah..cuaca cukup cerah dan membolehkan hamba-Nya bergerak melakukan kerja masing2.



     Perjalanan menuju ke Alor Star dan melalui jalan short untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas. Maklumlah, walaupun Kedah cuti hari jumaat tapi ramai family yg keluar bercuti. Subhanallah..sangat cantik ciptaanNya. Syok juga kalau balik pagi, dapat juga tengok keindahan alam semulajadi.


    Sekarang dah masuk Grik, cuaca kejap mendung kejap panas. Bila tengok macam nak hujan, semuanya kerja Allah. Kalau Dia kata hujan, hujan la. Terasa pening sebab keadaan jalan bengkang bengkok, naik bukit, turun bukit. Kepalan pun jadi tak tentu.


     Dari jauh lagi boleh nampak jalan naik bukit. Dah lama tak lalu jalan ni. Rasa sangat rindu, bila dah lalu rasa macam tak nak keluar dari sini.hihi..hari2 boleh tengok kehijauan pokok2, bukit2. alhamdulillah..sangat bersyukur sebab pemandu bas sangat berhemah, tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan.


     Tepat pukul 1.39pm, bas berhenti untuk rehat dan lunch. Tapi ni je lunch aku, memang tak selera nak makan nasi. Lepas pergi tandas, aku terus naik bas tanpa peduli sapa2. Makan time..^^..Lapar sangat dah, makan pagi, nasi goreng..tu pun sikit ja dapat makan sebab dah lambat sangat dah.


     Haaaa...yg ni memang tak boleh tinggal. Keropok lekor.. sedap juga rasanya..RM1 - 4keping. Nampak macam mahal, not bad la..



     Tepat pukul 5.30pm, bas tiba di stesen Kota bharu. Alhamdulillah..sampai akhirnya. lenguh juga lama2 duduk dalam bas. Mujur tak dak orang duduk kat sebelah, boleh juga gerak2. Lepas turun bas kena naik bas city liner plak nak balik Taman Kurnia jaya (PT1129) rumah sewa aku la 2.hihi

.:TamaT:.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...