9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA




Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Jadi, janganlah kita melakukan seperti itu kerana Allah dah janjikan pada kita syurga ataupun neraka. Jadilah isteri solehah disisi suami dan anak yang solehah..

Aurat Wanita




AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

1. Bulu kening- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 315.

5. Gigi- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.12. Rambut- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.



PELUANG KITA

Assalamualaikum.
14/3/2011, alhamdulillah sbb Allah masih lagi bagi peluang kepada aku untuk meneruskan kehidupan diatas bumi-Nya yg penuh dgn pelbagai nikmat, terima kasih ya Allah kerana bagi peluang yang tidak ramai peroleh. Setiap saat aku bersyukur kepadaMu ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang Kau berikan dan yang paling penting sekali adalah nikmat Islam.
Disini juga saya ingin menyeru kepada semua kaum muslim, bersyukurlah dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan kerana tidak semua orang berpeluang memiliki nikmat ini. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan seperti solat, zikir, membaca Al-quran dan sebagainya.


Kita sebagai hamba yang lemah sangat memerlukan Allah. Apabila kita dalam kesenagan janganlah kita lupa pada Allah kerana kesenangan itu datangnya dari Allah yang maha kuasa dan mohonlah pertolongan kepada-Nya apabila dalam kesusahan kerana Allah pasti akan membantu hambaNya. Yakinlah dengan doa yang kita mohon kepadaNya, InsyaAllah ada jalannya.


Peluang kita bersama mereka-mereka yang tersayang ini jangan disia-siakan kerana suatu hari pasti mereka akan pergi jua. Janganlah kita bermusuh-musuhan kerana Rasulullah SAW tidak pernah benci dan bermusuhan dengan umatnya malah Rasul menyayangi umatnya lebih dari dirinya sendiri. Dan janganlah kita meninggikan suara ketika berbicara dengan sesiapapun kerana Rasulullah tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara.


Janganlah kita ketawa terbahak-bahak kerana dengan ketawalah membuat diri kita lalai dan akan lupa pada Allah. Ingatlah bahawa Rasulullah ketawa hanya menampakkan giginya yang putih bak salju.



Pesanan saya sebagai muslim janganlah kita mensia-siakan segala suruhan Allah kerana kita tidak tahu berapa banyak peluang yang kita ada ini untuk beribadah dan tentunya bekalan kita masih tidak mencukupi untuk menuju ke akhirat kelak. Jadi marilah kita sama-sama pimpin tangan sahabat kita untuk mengajak kepada yang maruf dan abaikan yang mungkar...insyaAllah...(^_^)

RINDU MENYELUBUNGI HATIKU



Assalamualaikum..
Mak dan ayh apa khabar..rindu la..k.nah harap mak dan ayh sentiasa diberkati dan diredhai Allah.K.nah ingt lagi pesan mak,mak kata "nah, solat jgn tinggal sbb solat akn bawa kita mati, belajar rajin2".
"ye mak,k.nah ingt pesan mak".
selama kat Kelantan ni mmg selalu rindu mak ayh, bukan 2 je, masakan mak pun k.nah rindu.Mak mmg pandai masak dan sedap...
Mak dah banyak korban masa,tenaga,wang dan banyak tak tarhingga, terima kasih mak.
Ayah hari2 kerja kuat untuk kami semua sampai ada satu hari ayah sakit,terima kasih yang tak terhingga buat ayah.

ni la mak saya..Luv u Mom


ha!ni pula ayah saya..Luv u Dad

Pesanan saya buat semua adalah, janganlah kita mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Selagi kita punya mak dan ayah janganlah kita lupa kepada mereka dan sentiasalah berdoa kerana diakhirat kelak doa seorang anak soleh sangat diperlukan oleh mak ayah kita.
Harapan saya sebagai seorang anak adalah untuk memberi kejayaan dan juga kebahagiaan kepada mereka.
INGAT..

ISLAMKAH AKU??


Sebagai orang Islam, kita perlu tahu adakah diri kita benar-benar Islam dan bukan hanya sekadar Islam dinama sahaja.Realiti yang dapat kita lihat sangatlah dekat dengan kita iaitu remaja-remaja kini yang sudah lari jauh dari Islam.Apabila ditanya Islam itu apa,ramai yang tidak tahu.Islam itu indah dan sukakan kepada keindahan.Apa yang dapat kita lihat banyak berlakunya pembuangan bayi yang tidak berdosa,adakah itu Islam??Pergaulan yang tiada batas-batasnya juga sudah menjadi kebiasaan dan budaya bagi remaja-remaja Islam kini,adakah itu Islam??
Bagi wanita juga yang semamangnya sukakan kepada kecantikan dan janganlah sesekali berlebih-lebihan dalam menghias diri kerana wanita itu boleh dijadikan fitnah.Tudung yang dikenakan hanyalah sekadar mengikut fesyen sahaja.Baju yang dipakai juga ada yang menampakkan kulit,itu adalah aurat.Pemakaian seluar yang menampakkan bentuk badan juga aurat.Ingatlah wahai wanita-wanita sekalian, nafsu lelaki sangat jahat dan boleh melemahkan wanita-wanita.Ingatlah.
dalam firma Allah ada menyebut
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”[Al-A’raaf ayat 26]
Tudung sepatutnya dipakai untuk menutup rambut. Tetapi malangnya, tudung dipakai di atas paras dada. Ini tidak menjadi hal utama bagi muslimah sekarang, asalkan rambut dapat ditutup mengikut syarat dan yang paling penting adalah menarik. Wanita itu sendiri sudah semestinya punyai daya tarikan tetapi mereka telah ditipu dengan fesyen-fesyen yang akan membawa kepada daya tarikan yang lebih. Persoalannya, kita mahu menarik perhatian siapa? Siapakah insan-insan yang layak melihat keindahan perhiasan-perhiasan ini?
Firman Allah:
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
[Surah an-Nur ayat 31]

Marilah sama-sama kita mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan larangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...