Sayang


   Eksklusif budak2 cute dan cumil2...<3 nbsp="nbsp" p="p">


Adam Thaqif Amin masa bayi..cute sangat..macam nak cubit2 pipi tu..alolololo



Adam Thaqif Amin (2012)..dah besar nampak encem ler..Adam sayang adik.



Ammar Rusydi Amin masa bayi..adik kepada Adam, kepala licin pun still cute.




Ammar Rusydi Amin..dah setahun...cute kan..orangnya manja + pemalu = comell



Daniel Iman yg sgt serius..wif cik yan yg rajin melayan karenah ank2 buah ni..




Serius!!!! wif m.ndak




Now, Daniel Iman dah pandai senyum.. <3 nbsp="nbsp" p="p">



Ammar,1..syoknyer dia main...xmo turun dari kete merah dia tu...












Cuti2 Malaysia...


Assalamualaikum all.....sebulan sudah berlalu, ok mari kita tutup buku lama dan buka buku baru di awal semester ini. Alhamdulillah, semuanya ok, result exam ok, pointer naik. yuhuuu....walaupun cuti sem hanya 3minggu, at least dapat juga melepaskan segela kerinduan dihati kecik ni..



First time buat sambal ni..selalu tengok housemates jer yg buat.

Bahan yg diperlukan ialah, cili, bawang putih & bawang merah tomato, belacan.
first, kita masak belacan dulu, kemudian tumis bawang putih, bawang merah yg dihiris bersama tomato. Masak sampai naik bau.
Lepas masak tu, masukkan bahan yg dimasak tadi ke dalam lesung batu dan tumbuk. Lepas tu, masukkan belacan yg dimasak tadi, jangan lupa masukkan cili pula. SIAP
senang kan?



My fav...tom yam, made by mom's hand <3 p="p">


Taraaa...done, mee tom yam sedap dimakan dengan copstik merah...



Bayam merah =)

Salah satu sebab kenapa best sangat balik kampung ---> makan *_*



wif my beloved mom...time nak pergi kenduri sempat lagi snap.. =D




Sedihnya..sayang nak tinggalkan kampung tercinta.. T~T




hehe...bukan sendiri tau..tu kat belakang tu, bertemankan mom & adik..=D




Stesen bas Seremban...perjalanan mengambil masa 3jam setengah jer..




Taman Marida, Senawang..bermalam dulu kat umah kakak...




Jalan2 jom ^_^




wif adik bongsu..kat mana ada mom, kat situ mst ada dia...=D

Ok...time berseronok dengan family dah habis...setiap perkara mesti ada kenangan dan setiap gambar juga mesti ada maknanya. Kenangan yang paling manis seumur hidup adalah ketika bersama family yang terCINTA <3 nbsp="nbsp" p="p">











Lawatan sambil belajar

Assalamualaikum..Alhamdulillah Allah masih lagi bagi kesempatan untuk membebel kat blog ini. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dan kawan2 sekelas. Pengalaman akan menjadi guru terbaik buat kita semua.


       Hari pertama di Putrajaya, bersiap2 sebelum memulakan lawatan ke tempat pertama. Sementara tunggu kawan2 yang lain bersiap, snap2 la dulu kn..^,^



Dah sampai ^,^



Model untuk banner

                                   

posing dulu sebelum bas sampai..(sempat lagi) ^,^



Bas dah sampai. Jom, jangan berebut, semua dapat tempat duduk

       Ok, mungkin gambar kat atas tu x penting. Mungkin x semua orang akan merasa pengalaman macam ni. First kena tunggu bas yang salah info, jadi kena la tunggu hampir sejam juga la + perut lapar. Biasa la kan pagi2 mesti semua orang akan lapar. Terpaksa lah tahan dan sabar menunggu untuk mengisi perut.
       Dalam pukul 8.30am, kami mula bertolak ke tempat lawatan pertama iaitu ke syarikat Denso Sdn Bhd. Bangi. Mujur sebelum sampai ke Denso bas berhenti untuk makan. hihi (perut kenyang hati senang).



Lawatan pertama di Denso Sdn Bhd



Ucapan dari penyelaras program, sir Muadz



Muka kena la semangat sebelum mula program ^,^



En. din memberi taklimat sebelum masuk ke tapak kerja & melihat proses penghasilan produk.



Pihak syarikat memberi penerangan tentang produk yang mereka hasilkan (soal jawap)

     Denso Sdn Bhd menghasilkan produk yang berasaskan plastik dan aluminium. Contoh produk adalah penapis aircond kereta. Penghasilannya sungguh teliti untuk menjaga kualiti pengguna.



Ini contoh produk yang dihasilkan, penapis aircond



Produk berasaskan plastik


       Program kami habis pukul 12.30 tengahari. Selesai lawatan ke tapak kerja, masa yang ditunggu2 adalah makan..^,^ lepas makan, kami gerak ke tempat penginapak kami di KHP shah alam. Sebelah malam pula, masa untuk enjoy. Sir Muadz bawa kami jalan2 kat ICT. Tapi macam kurang best sebab time cuti sekolah + banyak pelancong + ramai sangat orang @_@



Kereta kuda.



Saper yg berani, jom la naik gaint wheel



Pandangan dari atas giant wheel. Subhanallah cantikkn??



Akhirnya dapat juga naik, dah bertahu2 tak naik, rindu pula




Ok, last posing sebelum balik..(muka dah mengantuk sebenarnya ni)



       Hari ke-2 lawatan. Kami ke ZZK Maju Enterprise sebuah syarikat kecil yang menghasilkan produk dari aluminum & logam. ZZK baru 4 tahun ditubuhkan (kira baru lagi la).



Pelbagai produk yang ZZK hasilkan.





Produk dari ZZK.



Pekerja ZZK menunjukkan cara menggunakan mesih dan bagaimana frem tingkap dihasilkan.

       Selesai mendengar dan melihat bagaimana proses menghasilkan tingkap dan kaca, kami mula bergerak untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami sempat cuci mata kat Time square. Dengan berbaju kurung yang nampak sopan. Kami dibagi masa dari pukul 2 hingga pukul 5 petang untuk cuci mata. Selepas cuci mata, mata mula jadi penat dan letih. Kami balik ke tempat penginapan untuk berehat dan mengumpul tenaga untuk hari seterusnya.

:: ^_____________^ ::


Salam Aidiladha

Assalamualaikum..
     
       Hari ini adalah hari ke-2 raya korban. Raya pertama kat rumah sewa jer. Saya dan housemate pergi beraya kat rumah makcik yang jual nasi kat depan kolej. Kitaorang panggil dia ibu, baik sangat. Masakan dia pun sedap. Walaupun kami datang dah petang sangat tetamu lain pun semua dah balik, tapi kami tetap dilayan macam raja...hihi (raja la sangat). Dapat la makan daging korban yer.


Bersama housemate, yg baju coklat tu tuan rumah.



Cute kn..dia malu la dengan saya. @_@



Peace sebab perut dah kenyang & nak balik rumah.

p/s : gambar last tu macam tak dak kena mengena la plak. tapi tak kira, nak letak juga..^_^

Photoshoot

Assalamualaikum..sudah berapa lama tak muncul di blog yg sudah lama berhabuk ni. Hari ini saya muncul dengan hati gembira + sedih sebab esok raya aidiladha, dan saya tak dapat pulang ke kampung memandangkan final exam tinggal berapa hari jer lagi. harini saya ada buat sesi photoshoot suka2 jer tau..kat bawah ni ada la sikit gambar yg agak comel tu..>_<


comel juga gambar ni..^,^



suka sangat gambar yg ni..^,^



gambar terakhir..


Sebenarnya banyak lagi..tapi rasa2 yg ni jer kot yang nampak ok...^,^

Kembali setelah berbulan2

Assalamualaikum..alhamdulillah di kesempatan ini, Allah masih lagi bagi saya nyawa utk meneruskan ibadah pada-Nya. Alhamdulillah saya bersyukur sebab Dia juga telah bagi peluang utk saya menikmati Ramadhan 1433h ini. semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta makna buat diri.

Salam Ramadhan, perbanyakkan ibadah pada Allah krn bulan yg mulia ini Allah telah membuka pintu2 syurga dan menutup pintu2 neraka.

MUSAFIR CINTA ALLAH sedang final exam (doakan)


Semoga dipermudahkan urusan sepanjang final exam..insyaallah..amin

Ujian Allah

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur sbb Allah masih lagi beri peluang utk hambaNya...ramai diantara kita yg sangat takut bila Allah bagi kita ujian..emm tapi x ramai pun rasa yang ujian Allah tu sangat best..sebab apa??sebab Allah tahu yg hambaNya mampu untuk menghadapi ujian yang Dia bagi tu...ujian Allah untuk saya hari ini memang sangat besar, tapi ujian itu juga akan kita akan rasa sebagai nikmat sebab Allah tidak lupakan hambaNya walaupun hambaNya sentiasa lupa Dia..12/4/2012 memang menjadi sejarah yang tak mungkin dilupakan sebab Allah bagi ujian yang agak besar juga la..bayangkan esok (13/4/2012) dah nak exam...slip exam tak boleh ambik sebab kena bayar hutang dulu..mula2 dah rasa give up dah macam tak mau ambil exam esok..tapi Allah hantar hambaNya yang baik hati bagi pinjam duitnya..ya Allah..bersyukur sangat2 sebab Allah masih sayangkan saya..thank you Allah..Allah tahu bahawa dengan ujianNya, hambaNya akan sentiasa meminta pertolongan denganNya dalam susah mahupun senang..


Sebenarnya..ujian Allah merupakan nikmat yang paling besar dan juga merupakan pengalaman untuk diri. Tak ramai pun yang akan merasakan ujian Allah yang sebegitu besar dan ingatlah bahawa setiap ujian @ masalah itu ada persoalan dan jawapan..jadi saya ingin mengajak semua untuk sama2 kita merasakan ujian Allah sebagai nikmat yang paling best dalam hidup..jangan cepat mengeluh jika Allah datangkan ujian kepada kita kerana Allah tahu kekuatan hambaNya untuk menghadapi ujian. Jadikanlah ujian itu sebagai pengalaman dan pengalaman itu sebagai guru pada diri kita..insyaallah

* doakan saya mudah untuk menghadapi exam & berjaya..amin, insyaallah..>_<

Antara dua

Assalamualaikum..dah berbulan2 blog ni tak di conteng, dah berhabuk pun..hihi..emm bagaimana nak memenuhi 2 benda dalam satu yer??sangat2 susah kan...tapi, yg sana pilihanku mungkin yang sini terbaik buatku..aduih kenapa susah sangat nak buat keputusan ni yer?



Pilihan yg sukar di buat akan menjadi tanda tanya samada selepas keputusan yg dibuat itu betul atau tidak. Saat kesusahan inilah sukar untuk mencari sahabat disisi, tapi tidak mengapa itu semua tak penting..apa yang penting Allah tetap disisiku..sahabat? time senang jer mereka bersama tapi kalau time susah semuanya jauhkan diri. Manusia memang susah bersama jika sahabatnya dalam kesusahan.."selagi Allah bersama kita, kita mesti bersama-Nya samada kita susah atau senang"..inilah kata-kata orang yang ku cintai (my mom la)


"Ya Allah, jika itu yang terbaik buatku, Kau berilah aku pertunjuk-Mu. Hamba-Mu ini sangat2 dalam kesusahan dan sangat2 memerlukan-Mu Ya Allah"




Walimatul 'Urus

Assalamualaikum...11/2/2012 merupakan hari sejarah dalam hidup staff di KTD, kak Faizah & en. Soddiq telah selamat di satukan pada 10/2/2012..tahniah kak..semoga mahligai yang dibina berkekalan dan membawa ke syurga yg abadi.

 
Nikah ---> bagai pinang diblh 2..

Majlis perkahwinan keesokannya berjalan dengan lanjar. Ramai tetamu yg hadir bagi memeriahkan lagi majlis..



Ketibaan yg dinanti2kan.





Tok guru Nik Aziz turut meraikan majlis perkahwinan




                                     
Sesi makan beradab..romantiknya



                                     
antara tetamu yg hadir --> students KTD




 

Bersama students dari Indonesia



                                       

Dendangan nasyid dari students KTD




Bersama pelajar siswi yg cute2





pelajar siswa turut mengambil aura pengantin


 Kepada kak Faizah & en. Soddiq ---> Semoga istana ini akan menjadikan kalian lebih dekat dengan Allah. Tahniah sekali lagi kpd kak Faizah yg berjaya menjadi bidadari di hati en. Soddiq..
Best pula tgk org kawin..dah dpt pahala yg besar sbb berjaya mengikut sunnah Nabi kita...<3




Nak tau meriah ke tak majlis ni..ha, tgk la video ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...